Follow Me @adilaamalyna

Thursday, November 27, 2014

Perangai Pelik Perempuan Mengandung

Assalamualaikum.

Perangai pelik orang perempuan masa mengandung ni kebanyakannya lebih kepada bau dan makanan. Kalau ada yang lain mungkin terkena pada sesetengah orang sahaja. Dugaan indah buat perempuan mengandung, macam-macam hal kena hadap. Khennn para ibu?

Tak boleh tengok ayam dan ikan goreng

Nak tahu? Masa mengandung ni lah macam-macam perangai yang tak tersangkakan. Masa awal-awal mengandung (first trimester), Kak Elyn paling alah dengan makanan berminyak. Bila lalu kat kedai makan dan ternampak lauk ikan ataupun ayam goreng secara automatik tekak kembang dan nak muntah.

Apa lah salah ikan/ayam goreng? Kesian.


Keadaan yang lagi teruk bila makan kat kedai makan tapi buat-buat 'buta' sebab tak nak tengok ikan/ayam goreng. Punyalah teruk. Kalau dah ternampak lauk bergoreng ni confirm selera nak makan terus hilang. Perempuan mengandung bila tak makan nanti perut masuk angin, kemudian akan muntah. Dahsyat tau.

Harap suami-suami diluar sana memahami isteri-isteri anda yang sedang mengandung. Sungguh besar dugaan yang mereka lalui. Eccecehhh.

Air sirap rasa macam 'air longkang'

Yang ni Kak Elyn memang sangat-sangat tak faham padahal dulu sebelum mengandung kemain lagi suka minum air sirap sejuk-sejuk siap kunyah-kunyah ais tak bersisa. Bila dah mengandung, air sirap itu ibarat 'air longkang' yang masuk ke kerongkong. Loya yang amat bila minum air sirap. Tekak menafikan kesedapan air sirap yang selama ini dipuja. Akhirnya, air sirap dibuang tanpa belas.

Sadis.

Hal ni mungkin disebabkan perubahan hormon dalam badan ibu mengandung yang menjadikan Kak Elyn agak cerewet untuk minum. Kos agak tinggi jugak untuk jaga orang mengandung ni. Iyalah suami kena sediakan kos lebih sedikit untuk beli air minuman yang lebih mahal dari air sirap.

Hahahahaha.


Cepat terasa hati/cengeng

Kalau nak cakap pasal ni mesti orang akan ingat ibu-ibu mengandung ni mengada-ngada. Wehh boleh faham tak? Kak Elyn seorang wanita yang bengis tau, teramat susah nak menitiskan air mata.

Tapi bila dah mengandung ni, tengok drama melayu kat TV3 pun nangis. Air mata macam dah standby siap-siap untuk dirembeskan. Cengeng nawwwwwww.

Suka bau minyak petrol dengan ridsect

Hahahahaha (gelak dulu).

Yang ni sampai suami marah sebab suka hidu kuat-kuat bau minyak petrol masa tengah isi minyak. Bau minyak petrol ni ibarat macam bau minyak wangi paling mahal dalam dunia. Sedap gila bau dia.

Keadaan yang lagi gila bila kat rumah sembur ridsect dalam bilik kemudian duduk dalam bilik lama-lama sambil menikmati bau ridsect. Yang ni pun rasa sedap gila bau dia. Memang pelik betul perangai masa mengandung ni.

Tapi tak elok tau sebenarnya. Bahaya untuk kesihatan ibu dan baby.

Kalau dah ketagih sangat nak hidu bau-bau ni, cium la suami. Opsssssssss! (Moga ketagihan akan hilang). Hehehehe.


Harap-harap takda lagi benda pelik yang Kak Elyn ngidam/benci. Cukuplah yang diatas. Sekarang pun usia kandungan dah hampir mencecah 36 minggu, lagi beberapa minggu je lagi nak jumpa zuriat anugerah Ilahi. I can't wait :)

Moga dipermudahkan segala urusan.

1 comment:

  1. Salam sy nak tanye awk hidu bau petrol tu awal hamil ke yer..sbb skrg sy baru 5 minggu..sy risau sbb sy terhidu bau petrol dalam kereta

    ReplyDelete