Follow Me @adilaamalyna

Thursday, December 18, 2014

Kerana Terpaksa

5:22 PM 0 Comments
Assalamualaikum.

Lumrah seorang manusia harus menerima sesuatu keadaan walaupun dengan cara terpaksa. Begitulah apa yang sedang Kak Elyn hadapi sekarang.

Kerana Terpaksa: Kisah Satu

Setelah melahirkan seorang cahaya mata comel kurniaan Ilahi ke atas muka bumi. Kak Elyn terpaksa mengharungi dunia berpantang selama 44 hari. Betapa lamanya Kak Elyn rasa disebabkan banyak benda yang membataskan Kak Elyn terutamanya bab makan.

Haih dah masuk hari ke-11 Kak Elyn menempuh dunia berpantang. Dunia berpantang yang sangat menggugat kekuatan nafsu menahan diri daripada makan benda-benda yang tak boleh dimakan dikala sedang berpantang.

*Flashback masa kat wad hospital*
"Mak, lauk lunch ni hospital bagi ayam masak merah, sayur campur, nasi minyak dengan buah tembikai susu. Boleh makan dak? Sedap ni!"
Esoknya pulak.
"Mak, lauk lunch ikan pari masak asam pedas. Sedap gila kalau makan ni."
Mak balas:
"Makan lah kalau nak tanggung sakit luka bernanah nanti." (Psst ini ayat setelah ditapis padahal yang sebenarnya)
"MAKAN LAH KALAU NAK MATI!"
Hmmphh terus tolak dulang hospital ketepi tapi mata masih jeling-jeling. Kemudian ambil tupperware yang ada ikan bilis goreng, makan dengan nasi kosong. Arghhhhhhhhhhhhhh sakit hati!

Meleleh air liur tengok orang katil sebelah rilek je makan lauk hospital bagi. Takpe la patuh arahan mak, nanti dah sakit takut menyusahkan. Aura positif menjelma lah, bantulah Kak Elyn menahan nafsu makan benda sedap. Redhakan Kak Elyn makan ikan kering selama 44 hari. (Tsk)


Haih!

Kerana Terpaksa: Kisah Dua

Oleh kerana Kak Elyn memilih untuk berpantang di Perak bersama bonda. Kak Elyn dan Mikhael terpaksa berpisah buat sementara dengan Farris. Uwwaaaaaa kenapa semua ini harus terjadi? 

Bayangkan dah tiap hari ngadap muka sama, tiba-tiba terpaksa berjauhan. This is so sad tau! Daddy Mikhael kena kerja dan ibu kena tabah jaga Mikhael kat Perak. Cepatlah masa berlalu, Kak Elyn dan Mikhael perlukan kasih sayang seorang lelaki. Ecececece. 

Minggu lepas masa Farris nak balik Kuala Lumpur, hati rasa berat sangat. Air mata macam sentiasa bergenang, tapi cover sebab malu lah mak nampak. Cengengnya ibu Mikhael, Daddy Mikhael pun macam berat nak balik. Kerana terpaksa Kak Elyn dan Farris kena terima.

Masa Farris nak gerak balik salam tangan Farris sampai dua kali dan Farris kiss forehead. Rasa nak menangis tersedu-sedu rasanya. Kenapalah kena duduk berjauhan pulak? Ibu perlu Daddy untuk jaga Mikhael sama-sama. Tak aci tau, daddy lepas tangan macamni.


Bangla sangat muka. 

Tamatlah kisah kerana terpaksa. 
---------------------------------------------------------------------------------------

Dengan usaha keras bapaknya, Farris maka terhasillah video teaser buat permata hati kami Qaiser Danish Mikhael ♥

Saturday, December 13, 2014

Welcome My Dear Mikhael!

11:44 AM 2 Comments
Assalamualaikum.

Kak Elyn jadi Makkkkk dah! 


Alhamdulillah syukur Ya Allah dengan anugerah yang tidak ternilai ini. Setelah mengharungi berbagai dugaan dalam tempoh masa 37 minggu dan tepat pada tarikh 8 Disember 2014 lahirlah seorang lagi umat Muhammad di muka bumi Allah.

Sebenarnya Kak Elyn tak sangka akan bersalin dalam masa terdekat ni, sangat-sangat tak sangka. Lepas jumpa doktor untuk buat ECV yang Kak Elyn ada cerita on previous post dan keputusannya Kak Elyn memang tak boleh buat proses ECV sebab air ketuban sedikit. Kemudian doktor terus decide untuk tetapkan tarikh operation iaitu pada 18 Disember 2014. (That means sepatutnya Kak Elyn bersalin minggu depan)

Tuppppp tupppp pagi 8 Disember air ketuban dah bocor. Kelam kabut tahu tak? Iya lah first pregnancy. Mula-mula ingatkan kencing tak lawas sebab asyik rasa air keluar tanpa rasa nak terkencing. But then bila dah keluar darah barulah terkejut beruk, berlari anak bagitahu mak. Nasib baik mak dah sampai Kuala Lumpur, Kak Elyn sangat bernasib baik. Fuh!

Masa air ketuban dah makin banyak keluar, Kak Elyn dah mula rasa sakit nak beranak. Sakitnyaaaaaaaaaaaa, memang sakit. SAKIT! (Menitis air mata)

Dalam keadaan sakit sempat lagi fikir nak mandi pakai bedak semua sebab takut doktor terbau bau-bau yang tak menyenangkan. Risau nampak selekeh nanti. Tunggu Farris dalam setengah jam jugak sebab dia dah gerak pergi kerja, selamat jalan dah tak jammed kalau tak mungkin terberanak kat dalam rumah dah agaknya.

Sampai hospital terus buat checkup tekanan darah, timbang berat badan, ambik suhu badan, check bukaan jalan bawah (walaupun Kak Elyn operation sebab baby breech), check degupan jantung dan scan baby. Lebih kurang 4 jam Kak Elyn terpaksa menanggung sakit untuk tunggu giliran masuk bilik bedah. Lama tak?!

Hanya Allah yang tahu.

Sebelum masuk bilik bedah, Farris datang tepi katil dan pegang tangan Kak Elyn. Dia suruh Kak Elyn tenang dan selawat banyak-banyak sambil usap-usap perut Kak Elyn. I'm crying dan dia pun menangis (very touched moment). "In shaa Allah semuanya selamat", Farris berusaha pujuk Kak Elyn supaya sentiasa tenang dan positif.

Setelah selesai berdrama, katil Kak Elyn pun ditolak masuk ke bilik bedah. Terus menggeletar badan sebab dalam bilik bedah teramatlah sejuk. Sebelum kena bedah punyalah banyak surat Kak Elyn kena sign dan banyak gila pulak soalan kena tanya. Ya Allah, boleh tak bedah Kak Elyn cepat?! Kak Elyn dicucuk bius di bahagian tulang belakang, sakitnyaaaaaaaaaaaaaa. Semua sakitlah takda yang sedap. In a few minutes, bahagian bawah badan Kak Elyn kebas dan dah tak rasa apa-apa sampaikan masa doktor bedah cucuk pisau pun tak terasa. Power gila ubat bius itttewwww.

Tak sampai beberapa minit Kak Elyn terdengar bunyi tangisan bayi. Uwwekkkk uwwwekkkkkkk! Anak Kak Elyn ke?! Dah keluar ke?! Bila?! Bayangkan sampai tak tahu bila baby dorang tarik keluar. Cuma terasa perut bergoncang, mungkin masa tu doktor cuba untuk tarik baby keluar dari perut.

Kemudian baby terus diletakkan kepada Kak Elyn, Ya Allah mengalir air mata.

Anak Mommy! Be a good son sayang!

(Menangis lagi)

-------------------------------------------------------------------

Farris dengan kuasa vetonya telah memberi nama untuk putera sulung kami dengan nama Qaiser Danish Mikhael. Biarlah berbelit sikit nak sebut tapi maksudnya memang membawa makna yang baik. 

Qaiser - Raja
Danish - Bijaksana / Pengetahuan
Mikhael - Malaikat yang menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan.

Maknanya ialah Raja yang bijaksana dan berpengetahuan lagi pemurah.

So Mikhael, jadilah seperti makna namamu sayang.




Doakan mommy dan baby sihat walafiat dalam tempoh berpantang ni ye kawan-kawan :)

Thursday, December 4, 2014

My Baby Breech

3:20 PM 1 Comments
Assalamualaikum.

Awal Disember, genap sudah usia kandungan Kak Elyn 36 minggu bersamaan 9 bulan. Betapa saratnya aku sekarang.. Nak berjalan pun terkedek-kedek macam itik. Kalau berjalan kat luar Farris selalu tinggalkan Kak Elyn kat belakang, mentang-mentanglah Kak Elyn dah boyot nak masuk gear 4 memang failed. 

Kak Elyn terpaksa redha sambil mengharap belas kasih si suami menoleh ke belakang dan melihat Kak Elyn yang masih terkedek-kedek lalu berpatah balik dan mendukung Kak Elyn dengan perasaan penuh romantik dan kasih sayang. 

Ewah ewah ingat cerita hindustan.

Di peringkat kehamilan 36 minggu, Kak Elyn yang bergelar mommy to be ini sangat mengharapkan keadaan bayi dalam perut ni selamat dan sihat. Perasaan tak sabar nak beranak semakin membuak-buak walaupun Kak Elyn tahu sakit nak beranak adalah sakit paling sakit dalam dunia tapi makin dekat hari makin seronok nak tunggu saat bersalin nanti. Tempoh matang bayi lagi seminggu, mungkin minggu ke-37 Kak Elyn dah boleh menatap wajah bayi yang Kak Elyn kandung. He He He.

Tetapi...

Beberapa hari yang lepas, Kak Elyn mendapat berita yang kurang enak. Masa menjalani pemeriksaan mengandung antenatal mingguan. Mereka (doctor dan nurse) mengesahkan bahawa bayi Kak Elyn berada di dalam keadaan songsang. OMG sayang! Kenapa baby tak pusing lagi? Kan kita dah nak jumpa sayang? A few of weeks je lagi baby :(

Kepada yang tak tahu macam mana kedudukan bayi songsang, sila lihat gambar kat bawah yang Kak Elyn ambik dari Google.



My baby berada di posisi songsang dimana kepalanya di atas dan punggungnya di bawah.

Kemudian doktor di klinik kesihatan dengan segeranya membuat surat dan menyuruh Kak Elyn pergi ke HKL untuk mendapatkan pengesahan dari doktor pakar. Sebelum tu, doktor dah bagi recommendation untuk melakukan proses ECV (External Cephalic Version). ECV ini adalah proses memusingkan baby di dalam perut macam bidan-bidan kampung dulu buat. Tapi sekarang ni lebih moden dan selamat sebab sentiasa di awasi mesin scan. Tetapi masih berisiko sebab baby boleh terbelit tali pusat dan baby boleh lemas.

Arghhhh risaunya.

Esok 5 Disember 2014... Kak Elyn, Farris dan emak akan pergi ke HKL untuk memastikan adakah kandungan Kak Elyn boleh melakukan proses ECV ataupun tidak. Tak semua ibu hamil boleh melakukan proses ini. Doktor akan check tahap kesihatan ibu dan baby dalam kandungan, kemudian baru mereka buat keputusan.

Doakan Kak Elyn.

Kak Elyn pasrah kalau terpaksa ceaser. Kak Elyn takut dengan proses ECV sebab ramai orang cakap sangat sakit. Dan baby pun berisiko tinggi. Kalau ianya gagal doktor akan terus buat emergency ceaser sebab nak selamatkan baby dan ibu.

Doakan Kak Elyn sekali lagi. Thank you.

Persepsi Manusia

9:36 AM 6 Comments
Assalamualaikum.

Mood memang tak berapa nak baik tika ini, semuanya disebabkan oleh seorang 'Pak Nyindir' yang agak biadap lakunya. Iyalah, pertuturan dan percakapan seorang makhluk Allah ini telah membuatkan hati ibu yang sedang sarat mengandung ini terguris. 

Kak Elyn cengeng tiba-tiba.

Kak Elyn berkahwin pada usia 23 tahun. Dan ketika itu masih dalam pengajian tahun akhir (semester 6) di UiTM Kedah. Kalau nak diikutkan usia 23 tahun itu bukanlah satu angka usia yang terlalu muda, mak-mak kita dulu pun kahwin umur 18 tahun, 19 tahun, 16 tahun pun ada. Come on Malaysian. Masyarakat yang memandang sinis kat remaja yang kahwin muda masih wujud ke?! 

What's wrong la herggh.

AKU BUKAN KAHWIN SEBAB DAH PREGNANT!

Lepas dua bulan kahwin, kemudian Kak Elyn dan suami dapat tahu yang Kak Elyn mengandung 6 weeks (Nah details Kak Elyn cerita supaya orang biadap tak salah sangka). 

Masalahnya sekarang kenapa Kak Elyn kahwin & mengandung, tapi 'awak' yang panas? Aippppp terambik hashtag Wak Doyok pulak. 


Ceritanya begini...

Pada suatu petang yang sunyi sepi, Kak Elyn sedang berleka-lekaan sambil mengusap-usap perut yang semakin memboyot ke hadapan. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah datang kepada Kak Elyn dan bertanya:

Hamba Allah: Student kan?

Ibu Pregnant: Yes, I'm practical student.

Hamba Allah: Then itu apa? (sambil jari menunjuk ke arah perut Kak Elyn)

Ibu Pregnant: Haaahhhh?! Soalan kurang bijak apakah ini? *hanya terluah di dalam hati*

Dia memandang Kak Elyn ibarat Kak Elyn telah merogol anak beliau lalu Kak Elyn pun mengandung. Kak Elyn masih tak faham sampai la ni (loghat utara sikit), kenapa dia mesti buat muka 'cuka basi' semasa mengajukan soalan berbaur sinis tu.

Mungkin... Mungkin dia cemburu Kak Elyn tidak berkahwin dengan anaknya ataupun dengan dia sendiri.

Dengan hati yang panas dan kecewa, Kak Elyn mengadu kat suami.

"Sedih la hati titew bila orang pandang hina kat titew sampai macamni."

Lantas Farris mengeluarkan kerisnya lalu berkata,

"Siapa yang cakap sayang macam tu? Meh sini abang rodok mata dia!"


Ok bye. 

Monday, December 1, 2014

Mekap & Mini Pelamin By Erlina Touch

4:39 PM 0 Comments
Assalamualaikum.

Keh Keh Keh Keh!

Mengadanya Kak Elyn nak buat post pasal tunang dolu-dolu. Well saja nak mengimbas kembali memori setahun yang lepas. Rasa macam nak bertunang balik pun ada. Khen Farris khen?

*penampar hinggap kiri kanan pipi*

OKAY OKAY.

Sebenarnya nak berkongsi benda ni khas buat bakal pengantin dan kepada yang berniat nak bertunang (tak molek couple lama-lama). Sebulan dua sebelum majlis mesti serabut kepala nak pilih butik yang terbaik untuk hari bersejarah engkorang kan? Haaaa jadi kat sini Kak Elyn nak kongsikan satu butik yang memang kreatif gila dia punya owner dalam bab design-mendesign pelamin & hantaran. Sumpah comel gila babeng.

Tak percaya eh Kak Elyn cakap comel?

Jemput tengok gambar pelamin masa majlis pertunangan Kak Elyn setahun yang lepas.

Throwback for a while...


Pelamin didekorasi dengan telefon style lama yang comel. Pernah terfikir tak? Owner butik ni kreatif sangat. Kak Elyn pun tak pernah terbayangkan nak hias pelamin dengan barang-barang macamni.


Lagi satu dekorasi. Beg vintage floral style. Terfikir tak? (Kak Elyn memang tak lah!)



COMEL?! (KAN GUA DAH CAKAP)

Dan hasil kreatif ini adalah daripada hasil tangan ERLINA TOUCH tapi sayangnya butik beliau terletak di Ipoh, Perak dan servisnya hanyalah terhad di dalam kawasan Perak sahaja. Jadi kehadapan oghang-oghang Perak, apa lagi tunggu? Kalau nak kahwin/tunang, jom serbu butik ini. Dijamin anda puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Harga pun sangat berpatutan.

Jemput tengok & follow instagram beliau.



Make up by Erlina Touch jugak. Feeling cantik dua hari dua malam.