Follow Me @adilaamalyna

Sunday, April 26, 2015

Continue Study UK. Yay or Nay?

7:22 PM 1 Comments
Assalamualaikum.

Dulu masa kecik kemain berangan nak sambung belajar luar negara. Kemain tau. Bila orang tanya je mesti bongkak jawab nak pergi negara oghang putih sambung belajar. Negara oghang hitam tak mau. Kenapa mesti nak luar negara eh? Apa yang terlintas kat kepala Kak Elyn pertama-tamanya adalah salji! (Malaysia tak ada, sadis sungguh Kak Elyn ni). Sebenarnya Kak Elyn dah lama berangan nak pergi kelas pakai baju sejuk tebal-tebal, pakai boot, mesti Kak Elyn akan mirip seperti ahli Spice Girls gituew.

Huh mak budak ni.

Untuk menggapai impian yang dah lama tersimpan ni. Kak Elyn cuba buat research sikit macam mana nak pergi sambung belajar luar negara walaupun sedar diri result ciput nak dibandingkan dengan orang lain.. Sendu. Rupanya untuk apply belajar luar negara ni, setiap universiti kat sana memang dah menyediakan online application untuk student overseas. Sangat memudahkan.

Dengan tanpa rasa malu, Kak Elyn boleh cari TOP UNIVERSITY dalam dunia untuk apply sambung master. Wehhhhh tiba-tiba baru tersedar yang Kak Elyn hanya mak budak yang punya result ciput. Kembali ke dunia realiti, Kak Elyn pun terjumpa satu belog yang menceritakan macam mana dia boleh berjaya belajar ke luar negara. Paling best dia sambung master dalam bidang yang sama Kak Elyn nak ambil.

University of Sheffield? United Kingdom?

Omagaddddddd! Kelam kabut Kak Elyn bukak website universiti ni. Terus apply on the spot. Tapi bila buat online application, memang malas gila nak isi macam-macam benda dalam borang (padahal kalau isi borang manual pun banyak jugak benda kena isi). Isi dengan penuh keyakinan. Dalam hati tak habis-habis doa, mintak-mintak dapat sampai berpuluh juta kali (ish over).

Seminggu kemudian.

Ada notification email, ahhhh ini tak lain tak bukan mesti email iklan 'Buat duit bekerja dari rumah'. Sakit hati. Tapi kali ni email lain sikit sebab tengok subjek dia 'Your application to The University of Sheffield'. Tiba-tiba berubah mood macam beruk kena belacan.

Dear Mrs Noor,
We are pleased to inform you that you have been made an offer of a place on the MSC, Master of Science, Information Management, Full Time, 2015 at the University of Sheffield. 

Dan ini formal letter dari University of Sheffield.


Kak Elyn tak percaya jugak mulanya. Ingatkan spam ke apa. Tapi bila dah tengok betul-betul. Iya percaya. Ini betul-betul surat tawaran dari Sheffield University. Sambung lompat macam beruk balik (how excited I am).

Kena tanya Baby Khael dulu dia bagi ibu pergi ke tak :|

Thursday, April 9, 2015

Ibu Mithali In Progress

4:05 PM 2 Comments
Assalamualaikum.

Mak aih! Lamanya mak budak ni tak update apa-apa entri dalam belog. Dalam sibuk-sibuk cuci popoo Mikhael, memang ada tanam niat nak tulis entri dalam belog tapi kesengkangan waktu yang tak mengizinkan. Al-maklumlah semenjak jadi ibu ni, banyak benda yang hanya hangat-hangat tahi ayam. Konon nak buat itu konon nak buat ini, last-last mengadap anak jugak 24 jam.

Kalau nak tahu best ke tak best life lepas ada anak, tak terucap betapa bestnya. Mengikut pengalaman Kak Elyn yang dah merasai nikmat punya anak, jawapannya memang teramat bahagia. Sejak ada Mikhael, hidup Kak Elyn rasa lebih berseri-seri. Kadang-kadang boleh tersenyum sorang-sorang dalam bilik air bila teringat Mikhael (padahal Mikhael kat depan TV je).

Semalam genap umur Mikhael 4 bulan.. Banyak benda yang Mikhael dah boleh buat antaranya bersembang macam orang tua, tapi guna bahasa German. Susah Kak Elyn dengan Farris nak faham apa yang Mikhael cerita. Dia berborak sampai tajam-tajam mulut. Yang buat Kak Elyn dengan Farris geli hati tiap kali layan Mikhael sembang mesti ada cerita gembira campur sedih yang dia borakkan. Tengah beriya gelak tiba-tiba cebik. Pening kepala ibu dengan daddy.

Si Mikhael ni tak boleh tinggal dia main sorang-sorang.. Sebabnya dia suka terbalikkan badan tanpa kawalan. Semalam Kak Elyn tengok Mikhael ni elok je main sorang-sorang sambil baring, Kak Elyn pun pergi dapur nak minum. Tup tupp bila tengok kat depan dia dah terbalik, muka dah tersembam kat tilam. Haih boleh mati lemas Mikhael, jangan lasak sangat.

Risau ibu.

So Kak Elyn dengan Farris kena silih berganti kalau nak buat kerja apa-apa. Tak boleh biar anak bujang ni main sorang-sorang. tunggang terbalik nanti jadinya. Tapi bapaknya suka biar Si Mikhael ni berdikari. Sakit hati.

Haih!


Lepas Mikhael lahir, Kak Elyn dengan Farris dah ada tabiat baru. Nak tahu apa? Perkara ni wajib tiap-tiap hari buat tahu tak, kalau tak buat mesti macam rasa something missing. Semua benda tak kena. Tak tahulah kenapa bau mulut bayi ni sedap sangat. Everyday mesti kena cium mulut Mikhael. Wangi. Sampai ketagih nak bau lagi. Tapi bila dah besar nanti, ibu tak sanggup lagi Khael.

HAHAHAHA!

Paling best Mikhael ni kalau kita renung dia lama-lama, dia akan bagi tindak balas dengan senyuman lebar sampai telinga. Indahnya ciptaan Allah, senyuman anak pun dah buat kita rasa bahagia sangat-sangat. Harap Mikhael terus membesar dengan baik dan sihat walaupun dah berhenti breastfeeding (Jangan tanya kenapa please sobs).

Bye. Jumpa lagi.