Follow Me @adilaamalyna

Sunday, January 19, 2014

Aku Dirisik & Bertunang

5:22 PM 6 Comments
Assalamualaikum ♥

OMG!

Semuanya berlalu terlalu cepat, sumpah takda pembohongan. Kak Elyn serius. Kak Elyn cakap betul-betul kali ni. Tiada yang benar melainkan yang benar. Kak Elyn dah nak kahwin. Yeahhh I'm getting married! Kak Elyn serius. Kak Elyn ketar. Kak Elyn tak tipu. Adakah ini hanya mimpi? (tepuk pipi banyak kali)

(Flashback)

Ketika usia Kak Elyn 22 tahun, dimana Kak Elyn masih dalam pengajian tahun akhir peringkat ijazah sarjana muda di UiTM. Kak Elyn telah dipinang atau bahasa marketnya, Kak Elyn telah dibooking gitueww. Honestly semuanya terjadi tanpa dirancang, eh apa yang tanpa dirancangnya cik kak? Maksud Kak Elyn majlis pertunangan Kak Elyn lah. Pihak si kumbang bagitahu nak datang melamar si bunga ni seminggu sebelum kenduri. Bayangkan Seman, Timah, Leman, Leha (gaya makcik-makcik sikit) Mahu tak kelam kabut keluarga Kak Elyn buat persediaan. Selamat emak Kak Elyn ada, dialah penyelamat. Emaklah hero dalam cerita ni, semua dia buat daripada bab khemah, catering, hantaran & pelamin.

Kak Elyn mana? Apesal tak tolong?

Kak Elyn kat Kedah ada kelas. Memang banyak mulut cakap kat belakang (naluri hati berkata), dengan yakinnya Kak Elyn tahu ramai orang yang tak berapa suka dengan 'langkah pertama' dalam hidup Kak Elyn ni. Kak Elyn kan masih belajar, bawah tanggungan mak bapak lagi, gatal nak bertunang. Biarlah apa orang nak cakap, Kak Elyn lebih suka diam (bunyi cengkerik).

Nora Danish cakap yang penting kita enjoy. Hehehehe!

Sambung balik cerita hal minang-meminang tadi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ramai jugak tetamu yang datang walaupun majlis pertunangan ni dibuat pada hari bekerja. Pelik sikit entah kenapa tak buat hujung minggu. Takpelah yang penting semuanya sudah selesai. Dan bergelarlah Kak Elyn sebagai tunangan orang. (Hiks)


Baju tunang beli kat Greentown Mall Ipoh (sekarang dah tukar nama Angsana Mall) dua hari sebelum majlis bertunang. Selendang pun mengalami nasib yang sama. Mana yang rasa sesuai terus beli tanpa berfikir panjang. So rancanglah pertunangan anda lebih awal. *iklan*

By the way mesti ramai yang tertanya-tanya siapa si kumbang yang berjaya memikat hati Kak Elyn yang keras bak batu ni kan? Kan? Sejujurnya, Kak Elyn baru kenal dia. Serius. Its about 2 months and suddenly he decided to proposed me. Terkejut? Kak Elyn tak terkejut sebab Kak Elyn sendiri memang berhasrat nak bertunang dan nikah dalam usia muda (obviously gatal). Malas dah nak bercinta, bercouple tapi last-last penghujungnya? Wallahualam. Kita merancang Allah SWT yang menentukan.

ÙˆَÙ…َÙƒَرُواْ ÙˆَÙ…َÙƒَرَ اللّÙ‡ُ ÙˆَاللّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ - Surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan ALLAH sebaik-baik perancang (membalas tipu daya)”


Alhamdulillah pertemuan pertama Kak Elyn dengan dia ditemani emak dan abang Kak Elyn. So memang Kak Elyn tak sempat nak main-main mata ke apa. Borak-borak kemudian balik. Kak Elyn buat-buat sombong, biasalah perempuan kena jual mahal sikit.

Dan Alhamdulillah keluarga Kak Elyn jatuh hati dengan dia. Maksudnya berkenan nak buat menantu. Kak Elyn pun apa lagi, hehehe. Anguk-angguk kepala lah.

Jodoh itu rahsia Allah SWT -- Jika takdir Allah menentukan yang kita tidak berjodoh dengannya, Kita tidak akan bersama dengannya. Namun jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya kita tetap akan bersama dengannya, walaupun kita dipisahkan oleh jarak dan tidak pernah berkomunikasi sebelumnya kerana pasti ada saja cara Allah untuk menemukan kita dengannya.

Sekian Wassalam :)