Follow Me @adilaamalyna

Sunday, April 26, 2015

Continue Study UK. Yay or Nay?

Assalamualaikum.

Dulu masa kecik kemain berangan nak sambung belajar luar negara. Kemain tau. Bila orang tanya je mesti bongkak jawab nak pergi negara oghang putih sambung belajar. Negara oghang hitam tak mau. Kenapa mesti nak luar negara eh? Apa yang terlintas kat kepala Kak Elyn pertama-tamanya adalah salji! (Malaysia tak ada, sadis sungguh Kak Elyn ni). Sebenarnya Kak Elyn dah lama berangan nak pergi kelas pakai baju sejuk tebal-tebal, pakai boot, mesti Kak Elyn akan mirip seperti ahli Spice Girls gituew.

Huh mak budak ni.

Untuk menggapai impian yang dah lama tersimpan ni. Kak Elyn cuba buat research sikit macam mana nak pergi sambung belajar luar negara walaupun sedar diri result ciput nak dibandingkan dengan orang lain.. Sendu. Rupanya untuk apply belajar luar negara ni, setiap universiti kat sana memang dah menyediakan online application untuk student overseas. Sangat memudahkan.

Dengan tanpa rasa malu, Kak Elyn boleh cari TOP UNIVERSITY dalam dunia untuk apply sambung master. Wehhhhh tiba-tiba baru tersedar yang Kak Elyn hanya mak budak yang punya result ciput. Kembali ke dunia realiti, Kak Elyn pun terjumpa satu belog yang menceritakan macam mana dia boleh berjaya belajar ke luar negara. Paling best dia sambung master dalam bidang yang sama Kak Elyn nak ambil.

University of Sheffield? United Kingdom?

Omagaddddddd! Kelam kabut Kak Elyn bukak website universiti ni. Terus apply on the spot. Tapi bila buat online application, memang malas gila nak isi macam-macam benda dalam borang (padahal kalau isi borang manual pun banyak jugak benda kena isi). Isi dengan penuh keyakinan. Dalam hati tak habis-habis doa, mintak-mintak dapat sampai berpuluh juta kali (ish over).

Seminggu kemudian.

Ada notification email, ahhhh ini tak lain tak bukan mesti email iklan 'Buat duit bekerja dari rumah'. Sakit hati. Tapi kali ni email lain sikit sebab tengok subjek dia 'Your application to The University of Sheffield'. Tiba-tiba berubah mood macam beruk kena belacan.

Dear Mrs Noor,
We are pleased to inform you that you have been made an offer of a place on the MSC, Master of Science, Information Management, Full Time, 2015 at the University of Sheffield. 

Dan ini formal letter dari University of Sheffield.


Kak Elyn tak percaya jugak mulanya. Ingatkan spam ke apa. Tapi bila dah tengok betul-betul. Iya percaya. Ini betul-betul surat tawaran dari Sheffield University. Sambung lompat macam beruk balik (how excited I am).

Kena tanya Baby Khael dulu dia bagi ibu pergi ke tak :|

1 comment: