Keterujaan nak dapat anak sulung ni memang lain macam sikit. Tak pernah rasa hidup ni terlalu details sampai nak shopping barang-barang baby, kena google dulu tengok mana baik mana buruk. Oh my, boleh dikatakan tiap hari bukak website yang cerita pasal barang baby. Apa yang patut beli & apa yang tak payah beli sebab takut terjadi pembaziran.
Tapi perangai kaum perempuan ni kan, memang tak boleh dinafikan. Pantang nampak ada sale sikit. Mesti nak pergi jugak walaupun duit dalam purse tinggal singgit. Seriously weh! Tiap kali ada sale kat mana-mana mall, tanyalah orang perempuan, mesti dari A to Z dia tahu. Lagipun perempuan ni memang ambil tahu hal ehwal luar, very concern.
Haih la perempuan.
Bercakap pasal barang-barang baby. Aku awal-awal lagi dah survey kat internet untuk dapatkan checklist barang baby 'sulung'. You know what? Persiapan nak dapat anak pertama ni ibarat macam persiapan nak kahwin. Macam-macam benda nak deal. Fuhhhhhhh.
In making decision untuk semua pembelian barang-barang baby adalah di tangan Kak Elyn (mommy's feeling). Suami terpaksa pasrah. Lagipun naluri keibuan yang tinggi ni dapat mempengaruhi dalam pemilihan barang yang paling cocok untuk baby.
Nak beli barang baby kena tahu baby gender baru best. Tapi........
Kak Elyn dan suami masih tak tahu gender baby walaupun usia kandungan dah masuk 33 minggu.
Baby, why you're so shy?
Oleh yang demikian Kak Elyn buat keputusan untuk beli baju yang baby girl & baby boy boleh pakai. Senang cerita neutral color, tiada merah jambu sebab mommy and daddy takut you're a boy sayang. But don't worry if you're a girl, mommy ada sorok sehelai dua warna-warna ladies. (Sssshh keep it as secret)
The most important in baby checklist:
Pakaian & keperluan tempat tidur baby
Ramai yang bagi nasihat, jangan beli baju baby saiz newborn terlampau banyak sebab baby ni cepat besar. Jadi Kak Elyn pun beli newborn size beberapa helai sahaja. Yang lainnya Kak Elyn ambil size 0-3 months. Kak Elyn sangat gelojoh beli rompers baby yang sangat-sangat comel hok aloh. Kak Elyn ada jugak beli beberapa helai sleeping suit dan jumpsuit.
- Sleepsuit (Baju tangan panjang/seluar panjang)
- Jumpsuit
- Rompers
- Sarung tangan & kaki/Topi
- Bibs
- Bedung/Selimut
- Bantal/Tilam
- Kelambu
- Playpen/Baby Cot
Ada beberapa helai rompers, the price only RM5.00. Dapatkan di QQBabyShop (toodles).
Dandanan, peralatan mandian & penjagaan baby
- Tuala mandi
- Bath tub
- Shampoo & sabun
- Bedak baby
- Losyen baby
- Minyak baby oil/Minyak telon
- Pengetip kuku
- Penyedut hingus
- Cream untuk ruam
- Cotton ball
- Botol susu & puting
Barang keperluan untuk mommy-to-be
- Maternity pad
- Breast pump
- Breast pad
- Set bersalin
- Bengkung
- Nursing bra
- Kain batik
- Sarung kaki
Haaaaaa untuk set bersalin Kak Elyn memang dah survey macam-macam -- Dari harga level orang kaya ke harga yang murah sangat macam Set Bersalin Selapan Air Mancur ni. Sebenarnya Kak Elyn memang kedekut sikit bab nak beli benda mahal sebab takut tak termakan pun nanti lepas bersalin, jadi Kak Elyn mengamalkan pakej jimat-jimat macam McDonalds.
Sebelum beli set bersalin ni dah baca banyak reviews kat Google, overall semuanya cakap okay walaupun set bersalin ni tak sepopular produk yang lain tapi harga yang sangat berpatutan buat Kak Elyn tertarik. Ahh janji badan sihat dan kekal ramping lepas deliver baby nanti. In shaa Allah.
Takut jadi macam Mah, cerita yang tengah jadi viral kat media sosial sekarang. Astagfirullah jauhkan Kak Elyn dan suami dari perkara-perkara sebegitu. Ameen.
Intrestingggg.. suka baca blog elyn.. pembaca tegar okeyyyyy.!!!
ReplyDeleteHahahaha Kak Zila ni. Segan elyn jadinya tau. Haha
Delete