Follow Me @adilaamalyna

Friday, November 28, 2014

How I Met Farris

Assalamualaikum.

Orang tua-tua cakap tak kenal maka tak cinta justeru itu zaman muda mudi baru nak up ni la ramai yang test market masing-masing. Khennn?

Caranya dengan upload gambar paling comel tahap dewa dalam Facebook. Mudah.

Zaman sekarang makin maju. Dulu orang bercinta ngintai ikut tingkap, sekarang boleh usha awek/pakwe dekat Facebook je. Betapa teknologi memudahkan pencarian jodoh tika ini. Uishh begitu juga dengan kisah pertemuan Kak Elyn dengan Farris. (Tsk)

Al-kisah...

Kak Elyn kenal Farris dekat dalam Facebook. Entah bila kiteorang berkawan dalam Facebook pun tak tahu. Mungkin masa mula-mula buat akaun Facebook sibuk nak add ramai orang untuk banyakkan friendlist. Hisshhhh jakun sungguh perangai. (Hahahahaha)

Nak dijadikan cerita, Kak Elyn atau Farris (tak ingat siapa yang add siapa) dah accept friend request memasing since February 2010. Tapi kiteorang mula tegur on January 2013. Farris yang mula-mula komen gambar Kak Elyn kat Facebook, biasalah masa tu Kak Elyn upload gambar yang flawless dan acah-acah muka awek korea sahaja (nak test market).

Kak Elyn ingat komen pertama yang dia bagi kat gambar Kak Elyn 'mempesona'. Tengok cara komen dah tahu ala-ala taktik lelaki buaya, memang  jenis kaki ngayat semua perempuan ni. Mula-mula memang tak layan sebab tak pernah pulak ada kawan nama Farris, jadi Kak Elyn ignore je komen dia.

Kemudian dia komen pulak gambar Kak Elyn dengan mak, yang Kak Elyn ingat dia komen 'ibu kita'. Elehhh nampak sangat nak mengayat. Kak Elyn pun bukak la profile Facebook si Farris ni untuk pertama kalinya, eh eh tengok profile picture dia macam abang-abang sado. Muka boleh tahan tapi hidung kembang sikit dahi agak jendol.

Sila lihat gambar di bawah.


SADO TAK KAWAN-KAWAN?

Ini lah gambar profile picture yang Farris gunakan masa nak mengorat Kak Elyn (Eh! Aku perasan). 

Tidak hanya berkesudahan di situ, Farris cuba bagi private message pulak kat Facebook. Masih dalam proses nak mengayat dan terus nak mintak nombor handphone. See see! Adakah wajib mendapatkan nombor handphone untuk mengorat? (Sorry kalau terlebih perasan).

He He He He!

Here the evidence. Puas Kak Elyn scroll conversation lama kat Facebook. Dan pengakhirannya Farris yang tinggalkan nombor handphone dengan harapan Kak Elyn akan contact dia through Whatsapp. 

Dari situ bermula pulak perhubungan kami melalui application Whatsapp. Nampak tak kecanggihan teknologi? Memudahkan perhubungan janji kena ada coverage internet.


Walaupun begitu, Kak Elyn dengan Farris hanya berkawan di laman sosial dan sekadar berhubung melalui telefon. Tidak berjumpa dan tidak pernah bersua muka. Tapi kami berdua aktif di dalam Facebook which is gemar membahan satu sama lain. Farris paling suka bahan gigi Kak Elyn. 

Apa yang dia ejekkan?

He called me 'JONGANG'. 

What?!!

Cuba korang bayangkan. Adakah layak seorang lelaki mencuri hati seorang perempuan dengan mentertawakan kekurangan fizikal yang ada padanya? Huhhhh teruk betul taktik Farris ni mengorat.

Masa mula-mula kenal Farris ingat dia ni...

MODEL MAJALAH


Lepastu ingatkan dia ni...

PENYANYI


Rupa-rupanya Farris hanyalah seorang...

PELAJAR KUIS YANG BAJET HANDSOME


Okay.

Setelah hampir dua bulan berkawan di awang-awangan, Kak Elyn dan Farris decide untuk berjumpa.
Dan pertemuan pertama Kak Elyn dan Farris adalah bersama ibunda dan abang Kak Elyn. Bukan blind date seperti yang korang bayangkan. Takda konon-konon jatuh cinta pandang pertama, nak pandang pun malu sebab ada mak dan abang. Curi-curi pandang tu ada sikit.

He He He He.

Begitulah kisahnya How I met Farris setahun yang lepas. Perkenalan yang singkat kemudian terus menghalalkan ikatan perhubungan dengan sebuah pernikahan.

Jodoh itu rahsia Allah.


Macam mana pulak Kak Elyn boleh jatuh cinta dengan Farris? Hahahaha. Orang kata kalau dah itu jodoh kita, sakat/ejek macam mana pun tetap jatuh sayang jugak.

Bye Bye :)

2 comments:

  1. cinta facebook ye.. hee.. samelah.. doakan tok yatt pulak tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Yatt. Lepas habis praktikal nanti boleh kahwin hehe :)

      Delete